Selasa, 17 November 2015

SOALAN LAZIM


Soalan 1: Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar?
Tidak perlu membeli SIM card baru. Anda boleh menggunakan nombor telefon yang sedia ada atau yang anda gunakan sekarang untuk mendaftar.

Soalan 2: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor dan jumlah yang sama lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam?
Tidak. Ini bertujuan supaya ahli tidak melakukan kesilapan double transaction. Jika ingin reload 2x untuk number yang sama dalam masa 24 jam; kami sediakan format mesej yang lain kepada anda.

Soalan 3: Jika saya tersalah memasukkan nombor ketika topup, dapatkan ia ditarik balik?
Tidak. Jika anda telah menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus berjaya, ia tidak dapat ditarik balik. Jika ini berlaku, FAHMI RELOAD dan pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami. Pastikan nombor yang anda ingin topup adalah tepat sebelum hantar ke server.

Soalan 4: Adakah modal agen yang melakukan topup ini mempunyai had limit atau tempoh sah?
Tidak. Modal yang agen miliki tidak mempunyai had limit, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Hanya limit kepada jumlah modal yang anda ada sahaja. Jika modal anda habis, anda hanya perlu mengisi semula bagi membolehkan anda membuat jualan topup. Modal tersebut akan terus berada dalam ID anda.

Soalan 5: Adakah server topup beroperasi 24 jam?
Ya. server beroperasi selama 24 jam. Anda boleh melakukan topup dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Soalan 6: Berapakah tempoh menunggu untuk suatu topup diproses?
Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 60 saat. Proses yang mengambil masa lebih 30 minit tidak akan diproses. Agen akan mendapat laporan transaksi samada transaksi berjaya atau gagal.

Soalan 7: Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid), boleh saya menyertai topup2u.com?Boleh. Tidak ada masalah kerana kami juga menerima pendaftaran anda jika anda merupakan talian postpaid Maxis/Celcom/Digi. Anda boleh menggunakan sistem topup ini untuk tujuan bisnes atau kemudahan untuk keluarga.

Soalan 8: Yuran pendaftaran yang dinyatakan adalah seumur hidup atau perlu diperbaharui setiap tahun?
Yuran pendaftaran adalah SEKALI sahaja SEUMUR HIDUP. Tidak ada cas tambahan dan tidak perlu diperbaharui setiap tahun. Sistem topup ini anda boleh guna sampai bila-bila. *Jika pakej Trial, percubaan adalah 7 hari sahaja.

Soalan 9: Saya dah tambah modal, tapi saya tak terima modal yang saya tambah selepas 2 jam, bagaimana?
Semak semula SMS yang anda hantar. Pastikan maklumat bank, tarikh, masa, jumlah dan nama yang betul. Pastikan jua anda menambah modal ke akaun yang betul. Sila hubungi admin(019-6354501) / CARELINE (019-6354501) jika anda mengalami masalah modal tak masuk.

Soalan 10: Saya berumur 13 tahun. Bolehkah saya menyertai FAHMI RELOAD SYSTEM ini?
BOLEH. Syarat umur untuk menyertai adalah 13 tahun dan ke atas.

Soalan 11: Adakah saya akan dibekalkan dengan website untuk tujuan promosi?
TIDAK. Sekiranya anda berminat untuk membuat website seperti web site Kami atau blog biasa atau pun blog tetapi alamat email atas nama sendiri( cth: www.fahmireload2u.com), boleh meminta/menghubungi admin dan admin akan uruskan website anda dengan bayaran tertentu.

Soalan 12: Saya melakukan tambah modal selepas jam 8pm. Apa yang perlu saya lakukan?
Jika anda telahpun bank-in/transfer wang ke akaun tambah modal (admin), sila hantar FORMAT SMS/WEB bukti tambah modal.
#(MESTI SUBMIT DALAM HARI YANG SAMA SEPERTI DALAM BANK SLIP).
Modal anda akan diproses pada waktu 09:30 pagi – 10:30 malam.
Sekiranya anda bank in ke akaun ADMIN; tambah modal boleh dilakukan bila-bila masa termasuk cuti Umum. Ini bertujuan untuk memudahkan anda.

Soalan 13: Adakah sistem topup ini dipercayai?
Banyak ahli telah menggunakan sistem topup ini, dan kami percaya mereka tidak tertipu. 
100% keyakinan dan kepuasan diberikan. Kami tidaklah bermatlamat keuntungan semata-mata tetapi membantu anda menjimatkan pembelian topup berbanding di kedai biasa. Di luar anda beli topup Celcom RM10 dan anda bayar RM10.60. 
Apabila anda daftar disini dan membeli topup Celcom RM10, anda hanya perlu bayar RM10.08. Sekurang-kurangnya anda telah berjimat rm0.52sen. Kami juga harap dapat membantu anda menambah pendapatan sampingan.
Kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan dalam bisnes topup ini dan memperolehi pendapatan sampingan. Manfaatkan telefon bimbit anda disamping anda boleh mencari agen lain dan mendapatkan keuntungan pendaftaran daripada mereka. 
Bahkan, sekiranya anda menyertai FAHMI RELOAD SYSTEM, kami akan membayar anda sekiranya anda dapat menaja sesiapa sahaja untuk menyertai kami terutama yang ingin mengambil Pakej Dealer. KAMI juga mengajar anda / monitor anda dari semasa ke semasa untuk memastikan PILIHAN anda adalah TEPAT dengan menyertai kami.

Soalan 14: Pelanggan tidak menerima Topup ?
Perkara ini biasa terjadi kerana;
kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup. 
Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. 
Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan syarikat.

Soalan 15: Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal?
Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:
  • · Prepaid Handphone anda habis.
  • · Modal credit anda habis.
  • · Pin anda sedang diblock
  • · Pin anda salah.
  • · Kod produk salah.
  • · No. Pelanggan salah.
  • · Operator telefon atau sistem sedang ada gangguan.
  • · Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no center.
  • · Kesalahan dalam mengirimkan ke no center.
Soalan 16: Adakah sesiapa sahaja layak menyertai program ini?
Kami akan temuduga anda dan melihat kelayakan anda untuk menyertai akaun server ini kerana akaun ini dibuka kepada mereka yang Terpilih sahaja. Walaubagaimanapun, kami menyediakan pelbagai pelan atau akaun lain untuk memudahkan anda.

Soalan 17: Bagaimana proses pendaftaran? Saya Kurang faham…
Mudah sahaja. Selepas kami memaklumkan anda layak menyertai program ini, anda hanya perlu bank in yuran pendaftaran berserta modal minimum RM100. Sms kepada kami dan akaun anda akan aktif dalam masa 24 jam.

Soalan 18: Bolehkah AGEN saya tambah modal melaui ADMIN? Kalau boleh macam mana?
Sebaiknya DEALER yang menguruskan sendiri tambah modal AGEN. Walaubagai manapun, kami masih membenarkan AGEN anda tambah modal melalui kami. Caranya adalah kami tambah modal ke dalam akaun DEALEAR sama jumlah AGEN anda tambah modal dan kami sms kepada anda siapa agen tersebut. Anda sebagai DELEAR forward sahaja mesej tersebut kepada AGEN anda.

* Sekiranya anda mempunyai masalah atau soalan selain daripada di atas; boleh menghubungi ADMIN. Sekiranya admin tidak jawab; sila SMS/WHATSAPP sahaja atau Call semula admin .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan